Pengenalan



USTAZ ANUAR BIN MD. ISA
PENAUNG

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatan kuasa Pusat Pendidikan Islam Al Barakah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya membentuk satu pasukan kerja untuk membangunkan Pusat Pendidikan ini.

Pusat Pendidikan Islam Al Barakah yang akan diwujudkan ini hendaklah dijadikan medan untuk memupuk perseimbangan jasmani dan rohani. Dengan peseimbangan ini, para pelajar akan mampu menjadi manusia cemerlang dunia dan akhirat.

Pencapaian akademik semata-mata belum mampu memartabatkan insan, seterusnya gagal melahirkan kualiti kepimpinan berjiwa Khalifatullah yang hakiki. Pendidikan atau tarbiah yang berkesan perlu dijana dan digerakkan untuk melahirkan personaliti yang murni dan berakhlak mulia. Pembangunan modal insan yang bercirikan program dan aktiviti pendidikan berfokus dan sistematik akan berupaya melahirkan pelajar atau produk pendidikan yang berilmu, berjiwa Islam, berdaya saing dan berminda kreatif dan kritis.

Sekali lagi, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli Jawatan kuasa kerana kesungguhan yang tinggi untuk merealisasikan pengwujudan Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Al Barakah ini.

Selamat maju jaya.


USTAZ ANUAR BIN MD. ISA
Penaung
Pusat Pendidikan Islam Al Barakah
08600 Tikam Batu, Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.